"Di mana-mana jua kalau kita memandang tempat itu mendidik maka ia mendidik, dan d mana-mana jua kalau kita memandang tempat itu memusnah maka ia memusnahkan.” celikkanlah matamu… pandang ke sekelilingmu… Syukurlah dengan-Nya… kerana semua itu adalah yg terbaik buatmu…
Subhanallah, kata-kata dari seorang ustaz melalui ceramahnya suatu ketika dulu. Cantik susunannya, dan lebih cantik maknanya. Semuanya berbalik pada diri kita sendiri. Berfikiran positif dalam memandang suatu perkara, kerana setiap yang berlaku semuanya adalah ketentuan Allah yang terbaik buat hamba-Nya. Sepertilah Al-kisah (dari majalah solusi) mengenai 2 orang pemuda A dan B. Kedua-duanya baru berpindah ke sebuah taman perumahan. Mereka pun bertemu dengan Imam Masjid di taman tersebut pada suatu malam. (Maka berdialoglah mereka)
Pemuda A : Kebetulan berjumpa ngan Pak Imam nih, jadi buleh la saya tau serba sedikit pasai orang-orang Taman nih.
Pak Imam: InsyaAllah, buleh ngat aih. Tapi, pasai pa nak?
Pemuda A : Saja ja nak tau, nak kenai-kenai orang kat taman ni jenih lagu mana.. Pasai kat taman saya dulu, susah skit…depa ni jenih yang suka jaga tepi kain orang, Then, duk menjaja cereta orang pulak. Paih tu bila ada kenduri kendara, depa tak brapa nk mai menolong. Mai makan-makan balik. Huh…susah… . Tu yang naknak tau gak org taman ni lagu mana???
Pak Imam : Ish…ish…ish… kesian. Kalu camtu lah yang anak habaq, lebih kuranglah jugak kat taman ni.
Pemuda A : Lor…iyaka… silap tempatlah saya mai pindah ni…
*Pemuda A pun berlalu seketika, p bersembang ngan beberapa orang penduduk taman tu sat. Kemudian datang pula pemuda B p menyapa Pak Imam.
Pemuda B : Kebetulan berjumpa ngan Pak Imam nih, jadi buleh la saya tau serba sedikit pasai orang-orang Taman nih. (sama la pulak dialognya)
Pak Imam: InsyaAllah, buleh ngat aih. Tapi, awatnya nak?
Pemuda B : Saja ja nak tau, nak kenai-kenai orang kat taman ni .. Pasai kat taman saya dulu, depa ni baguih-baguih blaka. Selalu amik berat kat jiran tertangga , Then, ramah- ramah orangnya.. Paih tu bila ada kenduri kendara, depa pakat-pakat turun mai menolong… Tu yang naknak tau gak org taman ni lagu mana???
Pak Imam : Subhanallah…. betui ka?. Kalu camtu lah yang anak habaq, lebih kuranglah jugak kat taman ni.
Pemuda B : Alhamdulillah… syukurlah saya mai pindah kat sini…
*Tiba-tiba pemuda A terdengar perbualan Pak Iman dengan Pemuda B. Geram dibuatnya, dianggapnya Pak Imam ni suka memutarbelitkan cerita. Apalagi, diterjahnya …
Pemuda A : Hei! Pak Imam, xsat Pak Imam kata kat saya orang-orang Taman ni teruk-teruk. La ni Pak Imam habaq kat dia lain pulak…
Pak Imam : Betullah tu…semuanya terletak pada diri kamu sendiri. Andai kamu dah letakkan suatu persepsi negatif pada suatu perkara maka negatiflah hasilnya. Begitu juga sebaliknya..
(Dialog diubah suai sedikit dari Majalah Solusi)
Besar pengajarannya, fahamilah, hayatilah…semoga beroleh manfaat. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment