Sunday, 12 February 2012

.:: Merit Demerit::.


Alhamdulillah... TAHNIAH buat semua warga SMKSB. Kini, bermulalah sudah "Sistem Merit Demerit" atau Sistem Pengurusan Disiplin di Sekolah kita.   

Semuanya bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. Mudah aja teorinya, Kalau kita buat baik pastinya kita dapat pahala dan kalau kita buat yang tak baik semestinya dapat dosa. Jadi berebut-rebutlah kita buat kebaikan dan berjaga-jagalah kita dari melakukan kesalahan. Kepada semua guru-guru tajamkan pandangan mata dan telinga memerhati anak-anak/adik-adik kita, seandainya ada berlaku kecurangan tingkahlaku, janganlah dimarah atau disergah, senyum dan teruslah ucap TAHNIAH dan serta merta anugerahkan demerit pada yang sepatutnya. Kepada semua adik-adik cikgu... jangan meyerah kalah... teruskan usaha tingkatkan prestasi akademik dan sahsiah yang terpuji. Jadilah insan yang sentiasa berebut berbuat kebaikan, serikan wajah dengan senyuman, ringankan tulang menghulur bantuan buat siapa-siapa sahaja yang memerlukan.

Teringat kenangan lama: Pergi ke salah satu sekolah kat Muadzam Shah, Pahang untuk program peringkat Negeri. Sekolah yang berasrama. Jadi, dek kerana program 2 hari 1 malam, jadi patut bermalamlah kami di asrama tu. Elok melangkah dalam pagar asrama, terus disambut dengan senyuman 2,3 orang student yang lalu lalang kat situ.. siap ada yang sungguh-sungguh hulur tangan nak tolong bawakan beg ke dorm yang dah ditetapkan... sukanya bila ada orang buat baik kat kita... Alhamdulillah.... Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Kuasa... pastinya tak ada siapa yang akan benci atau marah atau bagi penampaq ka sebijik kat sesiapa ja yang berbuat baik kat dia...kecuali orang tu ada sedikit gegaran di otaknya. Start dari situ... barulah cikgu belajar erti BERBUDI.

Uji Minda -> Untuk permulaan, semua pelajar dapat 65 point setiap seorang. Kenapakah??? 

No comments:

Post a Comment