Alhamdulillah....Segala Puji Bagi ALLAH.... ALLAH mengurniakanku sahabat yg suka berpesan agar diri ini menjadi lebih baik...
Pertama...
Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." -TG NIK AZIZ-
Kedua...
Kata Imam Hassan Basri: " Orang yang bertaqwa itu adalah apabila dia berjumpa dengan seseorang , maka dia akan berkata : orang ini lebih baik dariku." YA RAHMAN, YA RAHIM, kurniakan kami kasih sayang sesama kami, ajari kami husnu zhon sesama kami, ikhlaskn hati kami dalam setiap amalan.
Ketiga...
Tidak ada jalan mudah untuk mencari keredaan ALLAH S.W.T., Sesungguhnya syurga itu senantiasa dipagari oleh kesusahan, Manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan, Oleh itu , Hadapilah kesusahan yang sementara di dunia untuk kesenangan yang ABADI di SYURGA nanti.
Dan banyak lagi.....kata2 nasihat yg berguna buat diri ini.
YA ALLAH, Terima kasih YA ALLAH, kerana Kau mengurniakanku insan2 yg senantiasa mengingatkanku kepada-MU YA ALLAH... Tak mampu untuk ku membalasnya, Jadi ku mohon pada-Mu YA ALLAH....Peliharalah hati2 kami untuk senantiasa mengingati-Mu, beramal kepada-Mu dan senantiasa memohon keampunan dari-MU... Amin2 Ya Rabb..

No comments:
Post a Comment